Kelebihan Origami kepada kanak-kanak

 Seni melipat kertas atau Origami ini asalnya dari Jepun dan berkembang menjadi satu seni moden. Aktiviti ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan banyak pula kebaikannya.

1. Origami melatih proses kepada kanak-kanak. Mereka akan melalui beberapa proses. Proses pertama adalah ikut peraturan. Melipat kertas ada peraturan dan urutannya. Tidak boleh melanggar langkah-langkah yang ditunjukkan dalam panduan yang disediakan. 


2. Melatih ketekunan. Origami ini memerlukan ketekunan. Semakin banyak lipatnya, semakin tekun diperlukan untuk menyiapkannya. 


3. Melatih emosi. Melipat kertas untuk membuat origami bukan seperti kanak-kanak bermain game. Origami tidak ada keterujaan melampau seperti game yang mengganggu emosi kanak-kanak. Tetapi origami ini akan melatih emosi kanak-kanak supaya tekun dan sabar melakukannya sehingga dapat disiapkan lipatan. 


4. Pintu ke dunia buku. Origami ialah salah satu cara untuk kanak-kanak meminati bahan lain yang diperbuat daripada kertas iaitu buku. Membiasakan diri dengan kertas di usia kecil akan membuatkan kanak-kanak tidak kekok dengan kertas. Membuat sensori pancainderanya suka dengan kertas.


5. Menghilangkan bosan. Mengajar kanak-kanak origami membuatkan mereka teruja dengan hasil lipatan yang mereka buat sehingga siap.


6. Meningkatkan daya ingatan. Melipat origami memerlukan kekuatan daya ingatan untuk mengingati langkah-langkah lipatan. 











Comments

Popular Posts