Bunny Bookmark
Membaca buku merupakan hobi yang perlu ada pada setiap individu kerana banyak manfaat yang akan diperoleh daripadanya.
Salah satu cara untuk mendorong kita dan terutamanya kanak-kanak supaya rajin membaca buku adalah dengan memiliki penanda buku atau bookmark yang menarik. Lebih-lebih lagi jika menggunakan bookmark yang dihasilkan sendiri.
Jadi hari ini kita akan belajar cara-cara untuk membuat penanda buku iaitu Bunny Bookmark.
Bookmark ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah yang menarik.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Bunny Bookmark adalah kertas A4 berwarna, gam, gunting, pembaris, pensel dan marker pen.
Sila tonton video ini untuk melihat cara-cara membuat Bunny Bookmark.
Selamat mencuba!
Jangan lupa like dan subscribe Youtube channel kami!
Comments
Post a Comment